Siasatan Pencerobohan Amerika Syarikat dan Britain di Iraq 2003

Siasatan Iraq atau 'Siasatan Pencerobohan Amerika Syarikat dan Britain di Iraq 2003' telah diadakan di Pusat Persidangan Queen Eliabeth II , London pada 2009-2010. Pada 15 Jun 2009, Perdana Menteri Britain, Gordon Brown mengumumkan penubuhan jawatankuasa menyiasat peranan negara itu dalam Perang Iraq 2003 (Jun 2001 - Julai 2009). Hasil dapatan siasatan terbuka itu akan digunakan dalam Pilihan raya Britian 2010 pada 3 Jun 2010.Perdana Menteri Britain Tony Blair dan lain-lain dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan panel siasatan. Siasatan ini untuk menentukan sah atau tidak sah mengikut di sisi undang-undang.Peristiwa 11 September 2001 menjadi titik alasan untuk menyerang negara Islam Iraq itu. Serangan terhadap Afghanistan 2001 dan Iraq 2003. Tema serangan ini ialah 'Memerangani pengganas' dan tiga paksi kejahatan. Tentera Britain dikerah ke Iraq untuk menyokong tentera Amerika Syarikat. Tujuh tahun kemudian, tentera Britain ditarik balik (2009). Seramai 179 anggota tentera Britain yang terbunuh di Iraq. Ibu bapa dan anak saudara yang terbunuh di Iraq telah meminta keadilan.